Latar belakang Koi_Suru_Fortune_Cookie

Anggota dari AKB48 dan kumpulan kembarnya yang terpilih dalam single ini mengikut keputusan Pilihan Raya Senbatsu 5 yang telah diumumkan pada 7 Jun 2013 di Stadium Nissan. Dalam single ini mempunyai empat sub-unit antaranya ialah Senbatsu, Undergirls, Next Girls, dan Future Girls. Anggota senbatsu yang telah mendapat tempat pertama sehingga tempat ke-16 akan menyanyikan lagu utama iaitu Koi Suru Fortune Cookie. Anggota Undergirls yang telah mendapat tempat ke-17 sehingga tempat ke-32 akan menyanyikan lagu dalam Type A-1 dan B-1. Anggota Next Girls pula yang telah mendapat tempat ke-33 sehingga tempat ke-48 akan menyanyikan lagu dalam Type A-2. Anggota Future Girls yang telah mendapat tempat ke-49 sehingga tempat ke-64 akan menyanyikan lagu dalam Type B-2.

Tajuk single ini telah diumumkan dalam rancangan "Ongaku no hi" yang disiarkan di TBS pada 29 Jun 2013. [1]

Single ini diedarkan oleh King Records dalam 4 jenis versi: Type-A (Biasa / Terhad), Type-K (Biasa / Terhad), Type-B (Biasa / Terhad) dan Edisi Teater.

Rujukan

WikiPedia: Koi_Suru_Fortune_Cookie http://www.nikkansports.com/entertainment/akb48/ne... http://www2.fukujo.ac.jp/university/info/2013/0013... http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-225/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-227/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-229/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-90225/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-90227/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gKIZM-90229/ http://www.kingrecords.co.jp/cs/g/gNMAX-1153/ http://hochi.yomiuri.co.jp/entertainment/news/2013...